Dr Abdullah Alias atau juga dikenali sebagai Dr Cute merupakan seorang pengasas produk kecantikan kulit tempatan. Baru-baru ini, kami menerima panggilan daripada pengasas terkemuka ini untuk membantu mereka menyediakan satu setup sebuah studio live baru di HQ Dr Cute. Rakyat Malaysia pasti sudah tidak asing lagi dengan produk Dr Cute dimana banyak iklan-iklan yang terdapat di billboard lebuh raya.

Disini, kami ingin berkongsi alatan-alatan studio yang digunakan dalam setup studio live untuk Dr Cute. Antaranya termasuklah Studio Light Lumilite 200dx, Para 90 Softbox, Porta 65 Softbox, Lumitube RT-2, Sony ZV-E10 Camera, Sigma 18-50mm, Yololiv Instream dan sebagainya. Penggunaan peralatan ini sudah lengkap untuk menghasilkan satu studio live yang mempunyai pencahayaan dan kualiti visual yang sangat jelas dan cantik. 

Sepanjang proses setup ini dijalankan, Team Onsmo akan menjelaskan dan memberi tunjuk ajar bagi setiap peralatan yang disediakan agar mereka mudah untuk memahami setiap fungsi dan tujuan penggunaan setiap produk tersebut terutamanya Yololiv Instream dan Sony ZV-E10 Camera. Hal ini kerana, kedua-dua alatan ini melibatkan penggunaan sistem yang memerlukan kepakaran pada bahagian setting.




Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





