Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan peralatan lampu studio dan aksesori kamera yang terkemuka, Onsmo berkomited untuk menyediakan perkhidmatan studio setup yang sempurna dan profesional bagi setiap pelanggan kami. Disini, kami ingin berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dimana pihak Onsmo mendapat perhatian daripada salah seorang ikon muzik terbesar Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti. Penyanyi No. 1 Malaysia tersebut meminta pihak Onsmo mengubah suai bilik pejabatnya untuk dijadikan sebagai satu studio live bagi menjual produk-produk SimplySiti miliknya.

Penggunaan Alatan Studio dan Aksesori
Menjalankan setup studio TikTok Live untuk Dato' Sri Siti Nurhaliza adalah suatu kebanggaan bagi pihak Onsmo. Kerjasama ini memperkaya portfolio Onsmo dan memperluaskan pemahaman akan dinamika produksi audiovisual dalam konteks digital yang semakin berkembang. Bagi memenuhi keperluan dan keselesaan beliau, Team Onsmo menggunakan konsep minimalist dimana live setup ini tidak menggunakan lampu studio yang pelbagai dan terlalu cerah. Antara alatan studio yang digunakan ialah Lumifold LF60X, Lumipanel 200, Lumitube RT-2 RGB Light Stick, Yololive, Sony ZV-E10, TRX-160 Tripod, SF-185 Selfie Stick Tripod.


Kolaborasi Profesional
Kerjasama yang sinergik antara Team Onsmo dan Team Simplysiti dari perancangan awal hingga pelaksanaan tidak hanya memastikan keserasian setiap elemen produksi, tetapi juga menghadirkan kesempurnaan dalam setiap aspek teknikal dan keselesaan untuk Dato' Sri Siti Nurhaliza melakukan Tiktok Live Streaming. Hal ini termasuklah dari aspek penerangan teknikal berkenaan alatan studio, kaedah penggunaaan Yololive Instream, perkongsian tips dan sebagainya.


Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





