Dalam satu lagi program hebat anjuran Coach CC Academy & Consultancy, team Onsmo telah dijemput untuk membuat demonstrasi secara langsung penggunaan peralatan live stream terkini — termasuklah SIPUT, peranti pintar yang semakin mendapat perhatian dalam dunia kandungan digital.
Sepanjang event ini, team Onsmo bukan sekadar mempamerkan peralatan tetapi juga memberikan penerangan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang bagaimana teknologi seperti SIPUT mampu memudahkan kerja-kerja live streaming secara profesional. Dengan gabungan peranti pintar, sistem pencahayaan Onsmo, green screen, dan perisian kawalan yang intuitif, para pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana workflow sebenar dihasilkan dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan. 
'SIPUT BESAR' seperti yang digelar, bukan sekadar menarik perhatian kerana namanya yang unik, tetapi juga kerana kemampuannya — built-in reality features, long hour cooling system, serta kualiti fokus dan suara yang sangat stabil. Ia memang direka khas untuk membantu usahawan digital dan tenaga pengajar menghasilkan siaran langsung yang berkualiti tinggi dengan mudah, pantas dan efisien. 
Bukan itu sahaja, booth kami juga menjadi tumpuan ramai kerana setup profesional yang dibawa — dari softbox lighting Onsmo, tripod stabil, hingga ke integrasi terus ke sistem live melalui paparan skrin. Ramai yang kagum dan tidak menyangka peralatan seperti ini kini boleh didapati dengan harga berpatutan serta mudah dikendalikan walaupun untuk pengguna baru.
Terima kasih kepada Coach CC kerana membuka ruang untuk kami berkongsi ilmu dan teknologi bersama komuniti usahawan serta peminat dunia kandungan digital. Moga lebih ramai lagi dapat manfaat daripada teknologi ini dalam menghasilkan kandungan yang menarik, berkualiti dan mampu bersaing di platform digital masa kini.





