YOLOLIV INSTREAM SETUP BERSAMA ONSMO DI SYARIKAT ESW
Staf Onsmo pergi ke sebuah syarikat ESW untuk setup produk Yololive yang telah dibeli oleh mereka. Produk yang mereka beli ialah produk Yololiv Instream untuk menggunakan ketika melakukan sesi live mereka. Staf daripada Onsmo akan setup Yololiv instream tersebut kerena ia akan memudahkan staf Syarikat ESW untuk membuat live di Tiktok. Staf Onsmo akan tolong pasangkan yololive ke camera milik syarikat tersebut dan ajarkan cara menggunakan yololive tersebut. Staf syarikat tersebut akan masukkan detail log masuk akaun ke dalam Yololiv Instream. Pada masa kini, produk Yololiv instream dijadikan sebagai platform untuk membuat sesi live di Tiktok. Ianya memudahkan kerana tidak perlu memakai pc atau laptop untuk sambung ke kamera ketika buat live di Tiktok.

Seterusnya, berdasarkan gambar dibawah Boss Jay sedang setup setting kamera untuk jadikan live syarikat ESW lagi menarik dan cantik. Boss Jay juga ajarkan staf syarikat ESW cara untuk setting kamera tersebut dan memberikan pendapat mengenai penggunaan lampu studio yang sesuai untuk jadikan live tersebut menjadi cantik. Selain itu juga, pencahayaan juga memainkan peranan untuk jadikan live stream menjadi cantik. Penggunaan cahaya daripada lampu studio yang bagus juga boleh membantu kamera untuk menjadi lebih fokus kepada produk dan host apabila membuat live.

Gambar dibawah menunjukkan Boss Jay test kamera dan Yololiv Instream dengan produk daripada Syarikat ESW untuk check fokus kamera ketika live. Boss Jay juga test arah cahaya daripada lampu studio yang sesuai untuk jadikan live stream syarikat ESW lagi cantik dan terang. Boss Jay juga tolong staf Syarikat ESW untuk setup jarak yang sesuai host buat live dan boleh membaca komen dalam live dengan senang dan mudah untuk staf Syarikat ESW review produk mereka dengan lebih dekat tanpa mengganggu kualiti video live di Tiktok mereka.






