SETUP STUDIO LIVE BERSAMA ONSMO DI TEAM ZACH
Boss Jay dan staf Onsmo pergi ke syarikat Zach untuk setup studio live. Team Zach telah membeli produk lampu studio jenama Onsmo untuk digunakan ketika melakukan sesi live. Team Zach telah menghubungi team Onsmo untuk meminta pendapat mengenai lampu studio yang sesuai sesi live mempromosikan baju melayu dalam live. Team Zach telah menunjukkan gambar ruang yang digunakan untuk melakukan sesi live kepada team Onsmo. Team Zach memilih jenama Onsmo kerana produk Onsmo telah mendapat banyak feedback yang baik dam ramai yang menyarankan produk Onsmo bagus untuk digunakan ketika melakukan sesi live. Boss Jay dan staf Onsmo pergi ke studio live team Zach untuk setup lampu studio yang telah dibeli oleh team Zach.

Team Zach membeli lampu studio Porta Ezlock untuk digunakan sebagai sumber cahaya ketika sesi live. Pengunaan lampu studio Onsmo membolehkan hasil live team Zach menjadi lebih cerah dan menarik. Penggunaan lampu studio yang berlebihan menyebabkan hasil gambar ketika live menjadi silau dan tidak nampak dengan begitu jelas apabila host live menunjukkan produk jualan team Zach. Selain itu juga host live juga akan menjadi sakit mata apabila menggunakan lampu studio yang berlebihan. Berdasarkan gambar dibawah staf Onsmo memegang produk baju melayu team Zach untuk cuba tengok tahap kecerahan yang sesuai untuk digunakan dalam live. Boss Jay memberikan beberapa tips kepada team Zach untuk meletakkan phone bagi mendapatkan sumber cahaya yang seimbang.

Boss Jay menunjukkan kedudukan yang betul untuk meletakkan telefon bagi mendapatkan sumber cahaya yang seimbang. Team Zach juga belajar untuk menggunakan lampu studio Onsmo untuk kegunaan live mereka. Team Zach juga menunjukkan hasil gambar live mereka menggunakan lampu studio jenama Onsmo kepada Boss Jay. Team Zach berpuas hati dengan produk jenama Onsmo kerana lampu studio jenama Onsmo memberikan hasil live menjadi lebih cantik.






