SETUP STUDIO LIVE BERSAMA ONSMO DI PENSONIC
Team Onsmo telah pergi ke Pensonic untuk melakukan setup studio live di pejabat Pensonic. Pihak Pensonic telah membeli produk lampu Onsmo untuk setup studio live mereka. Pihak Onsmo juga telah menghubungi team Onsmo untuk bertanyakan pendapat mengenai penggunaan lampu studio yang sesuai melakukan sesi live dengan keluasan bilik yang akan digunakan. Team Onsmo membawa peralatan lampu studio yang telah dibeli oleh pihak Pensonic untuk melakukan sesi setup studio live di Pensonic. Pihak Pensonic telah membeli beberapa lampu studio, Yololiv, mic dan kamera Sony. Berdasarkan gambar dibawah, Boss Jay sedang setup lampu studio yang akan digunakan sebagai lampu utama ketika melakukan sesi live.

Seterusnya, Boss Jay juga menunjukkan cara menggunakan lampu studio untuk adjust kecerahan yang sesuai ketika melakukan sesi live. Boss Jay juga menunjukkan cara untuk memasang softbox lampu studio yang digunakan untuk sesi live. Pihak Pensonic juga turut mencuba untuk pasangkan softbox Onsmo selepas Boss Jay menunjukkan cara memasang softbox Porta - X85. Selain itu, Boss Jay juga menunjukkan cara untuk menyambungkan lampu studio dengan softbox Onsmo kepada pihak Pensonic. Boss Jay juga menunjukkan kesan lampu studio yang menggunakan grid honeycomb dengan tidak menggunakan grid honeycomb. Penggunaan grid honeycomb pada softbox lampu studio membolehkan hasil kesan lampu tersebut menjadi lembut dan tak terlalu terang untuk dipancarkan pada host live.

Selepas Boss Jay melakukan setup lampu studio yang akan digunakan ketika melakukan live, Boss Jay juga menunjukkan cara untuk menggunakan Yololiv dan kamera Sony. Staf Pensonic memasukkan detail untuk akaun Tiktok untuk melakukan sesi live menggunakan produk Yololiv. Sementara menunggu staf Pensonic memasukkan akaun Tiktok mereka dalam Yololiv, Boss Jay tolong staf Pensonic setup setting kamera yang akan digunakan oleh host live ketika melakukan live. Boss Jay juga menerangkan kepada staf Pensonic cara menggunakan produk Yololiv ketika melakukan sesi live. Sebagai contoh, menggunakan beauty effect untuk host live, meletakkan gambar pada latar belakang live dan sebagainya.

Berdasarkan gambar dibawah, staf Pensonic cuba untuk menggunakan Yololiv selepas Boss Jay memberikan beberapa tips untuk menggunakan Yololiv. Staf Onsmo turut membantu test mic dekat Yololiv untuk bahagian audio. Staf Onsmo juga bantu Boss Jay untuk menangkap gambar yang akan dijadikan latar belakang ketika melakukan sesi live menggunakan green screen. Staf Pensonic juga bertanyakan soalan mengenai kecerahan lampu yang sesuai untuk melakukan sesi live. Staf Pensonic juga belajar untuk menukar setting kamera untuk menjadikan hasil live menjadi lagi menarik.

Boss Jay meminta staf Onsmo untuk menjadi model host live untuk mencuba kecerahan lampu studio yang sesuai ketika melakukan live. Boss Jay juga monitor kecerahan lampu studio ketika melakukan sesi live dalam Yololiv. Staf Boss Jay juga mencuba mic yang telah dibeli oleh pihak Pensonic untuk melihat sama ada mic tersebut berfungsi atau tidak ketika melakukan sesi live. Boss Jay juga menunjukkan special effect mode yang boleh digunakan dalam produk Yololiv kepada staf Pensonic. Staf Onsmo juga memberikan pendapat mereka mengenai kecerahan yang sesuai supaya host live tidak silau ketika melakukan sesi live. Boss Jay adjust semula kecerahan yang sesuai selepas staf Onsmo memberi feedback mengenai kecerahan lampu studio.







