Team Onsmo telah pergi ke studio Anas untuk membantu Anas untuk setup studio live mereka. Tujuan setup studio live tersebut adalah untuk mempromosikan produk Anas Cosmetic kepada lebih banyak orang. Anas atau Mohamad Anas zahrin Atan merupakan orang yang telah mencipta produk kecantikan Anas Cosmetic. Anas Cosmetic merupakan satu barang kosmetik yang berjenama dan produk itu telah menjengah pasaran antarabangsa. Beliau juga bertindak sebagai Pengarah Urusan dan pengasas Anas Cosmetics. Kini, Anas bercadang untuk menjual produknya secara atas talian iaitu melalui live streaming. Team Anas telah membeli beberapa produk lampu studio Onsmo untuk setup sebanyak dua bilik live. Team Anas menghubungi team Onsmo untuk mendapatkan pendapat tentang lampu-lampu studio yang sesuai untuk setup live mereka. Pada 18 JULY 2024, Team Onsmo pergi ke ASHH&ANNAS untuk membantu setup studio live Anas.

Studio Live Setup
Team Anas telah memilih lampu studio Lumifold LF60X dan PORTA-X85 & Lumilite 300DX dan Lumipanel 800RGB untuk dijadikan sebagai lampu studio semasa mereka membuat live. Penggunaan lampu-lampu tersebut membolehkan live studio mereka kelihatan lebih cerah semasa membuat live. Team Onsmo dan team Anas mengambil masa selama 6 jam untuk menyiapkan setup kedua-dua studio live tersebut.

Seterusnya, Anas pun menguji kesuluruhan dengan melakukan Tiktok Live. Hasil yang ditunjukkkan dalam Live tersebut adalah sangat jelas begitu juga dengan grafik yang ditunjukkan. Team Anas juga sangat berpuas hati kerana kerjasama yang professional yang diberi oleh team Onsmo menjadikan mereka lebih memahami dengan produk yang dibeli oleh mereka dan lebih efektif dengan penggunaan produk Onsmo.







