SETUP LAMPU STUDIO BERSAMA ONSMO DI CRAVINGTIME HQ
Cravingtime HQ memilih Onsmo untuk membantu mereka dalam setup lampu studio untuk live mereka. Founder Cravingtime menghubungi pihak Onsmo untuk menanyakan pendapat mengenai live mereka. Mereka membeli produk Onsmo untuk meningkatkan kualiti gambar live mereka. Boss Jay juga memberikan pendapat dalam pemilihan lampu studio untuk live Cravingtime HQ. Boss Jay menerima jemputan daripada Tuan Faris untuk melawat kilang HQ baru Cravingtime di Klang. Founder Cravingtime HQ telah membeli lampu studio, mic freeplay dan Yololiv untuk setup live mereka menjadi lagi menarik. Sebelum Boss Jay lakukan sesi setup lampu studio live, staf Cravingtime HQ membawa Boss Jay melawat gudang produk Cravingtime. Boss Jay juga memberikan beberapa cadangan kepada Tuan Faris untuk menggunakan produk Yololiv dan mic Freeplay ketika melakukan live. Selepas mendengar cadangan Boss Jay untuk setup studio live, pihak Cravingtime HQ membeli beberapa produk Onsmo untuk live mereka.

Tuan Faris cuba menggunakan Yololiv dengan log masuk email dan akaun tiktok yang akan digunakan oleh Cravingtime HQ ketika melakukan sesi live stream. Pada masa yang sama, Boss Jay melakukan setup lampu studio untuk sesi live. Boss Jay juga tolong ajarkan staf Cravingtime HQ untuk menggunakan lampu studio Golive 360 mobile sebagai sumber pencahayaan ketika melakukan sesi live. Pihak Cravingtime HQ mengambil satu set lampu studio kerana keluasan ruang live tersebut tidak terlalu sesuai untuk pengunaan lampu studio yang banyak dan sesuai untuk menggunakan satu lampu studio. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan lampu yang berlebihan pada ruang yang kecil menyebabkan live tersebut menjadi tidak menarik dan host live akan menjadi silau.

Selain itu juga, Boss Jay juga bantu setting kamera untuk digunakan ketika live. Boss Jay juga ajarkan Tuan Faris untuk adjust setting kamera dan cara untuk gunakan dengan Yololiv ketika melakukan live. Selain itu juga, Boss Jay cadangkan setting-setting kamera dan Yololiv yang baik untuk digunakan ketika melakukan sesi live. Selain itu juga, Boss Jay melakukan setting kepada lens kamera yang akan digunakan ketika melakukan live. Penggunaan setting kamera dan lens kamera yang baik membolehkan hasil live stream pihak Cravingtime HQ menjadi lebih menarik. Setelah habis sesi setup lampu studio live, pihak Cravingtime HQ berpuas hati dengan produk Onsmo dan perkhidmatan Boss Jay menolong pihak Cravingtime HQ setup lampu studio pada ruang live mereka.






