Satu program bermanfaat telah berlangsung bersama Coach CC yang mengetengahkan aspek komunikasi visual dan keyakinan diri di hadapan kamera. Dalam sesi ini, para peserta turut didedahkan kepada teknik dan peralatan fotografi yang mampu menaikkan kualiti gambar secara profesional.
Team Onsmo memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan teknikal sepanjang acara ini. Penggunaan sistem pencahayaan jenama Onsmo seperti Onsmo Para 90 dan Lumilite 230DX telah membantu mewujudkan suasana pencahayaan yang sempurna untuk sesi fotografi potret. Lighting yang digunakan bukan sahaja menaikkan mutu gambar, malah turut membantu peserta tampil lebih menyerlah di hadapan kamera. Turut digunakan dalam sesi ini ialah device pintar Siput yang berperanan sebagai monitor dek kerana skrinnya yang besar.
Boss Jay dari Team Onsmo turut hadir memberi pencerahan tentang kepentingan pencahayaan dalam dunia fotografi, termasuk perkongsian tentang bagaimana peralatan Onsmo boleh dimanfaatkan secara optimum untuk mendapatkan hasil yang konsisten, terang dan menarik.
Kerjasama antara Coach CC dan Team Onsmo dalam sesi ini benar-benar memberikan pengalaman baharu buat para peserta yang ingin mendalami aspek visual dalam fotografi, khususnya dari segi teknik pencahayaan dan pengendalian peralatan.






