Event Kelab Photo Kedah yang berlangsung di Muzium Negeri Kedah baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian para pencinta fotografi dari pelbagai latar belakang. Program ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah menjadi peluang emas untuk peserta mencuba sendiri peralatan profesional dari jenama Onsmo.

Team Onsmo turut hadir memberikan sokongan penuh dengan menyediakan sistem pencahayaan profesional untuk sesi praktikal fotografi potret. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta diberikan tunjuk ajar mengenai teknik lighting, setup studio, serta penggunaan aksesori seperti softbox dan continuous light yang digunakan secara langsung dalam sesi penggambaran.
Kehadiran peralatan Onsmo yang digunakan secara langsung dalam sesi praktikal membuktikan keupayaan produk tempatan untuk menyokong hasil kerja kreatif yang berkualiti tinggi.





