Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC)telah tampil dengan pendekatan digital yang segar dan interaktif dalam penyertaan mereka di Sarawak Fair yang berlangsung di Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Untuk memastikan penyampaian maklumat kepada pengunjung lebih efektif dan menarik, booth SDEC telah dilengkapi dengan peranti live streaming Cadothy Ibig 5s atau lebih mudah dikenali sebagai "Siput Kecik", iaitu sebuah peranti penstriman langsung yang ringkas tetapi berkuasa tinggi. Dengan bantuan Team Onsmo, peralatan tambahan seperti pencahayaan studio, tripod dan mikrofon turut dipasang untuk memberikan hasil siaran yang lebih profesional. 
Booth SDEC bukan sahaja menjadi tumpuan kerana kandungannya yang informatif, malah menarik perhatian pengunjung dengan suasana produksi yang lengkap — lengkap dengan pencahayaan softbox, peranti live, dan backdrop profesional. Ia menjadi contoh bagaimana agensi kerajaan boleh memanfaatkan teknologi digital dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan lebih berkesan.






