Bagi memastikan penggunaan yang lebih mudah, pasukan kami juga telah memberikan tunjuk ajar secara terus kepada Dato Seri Vida serta team beliau tentang cara penggunaan peranti ini. Penerangan dibuat secara ringkas dan praktikal supaya mereka boleh mengendalikan live streaming dengan lebih yakin tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknikal team. Baru-baru ini, Team Onsmo telah menjalankan sesi pemasangan dan setup sistem live streaming untuk Dato' Seri Vida bagi memastikan sesi siaran langsung berjalan dengan lancar dan kelihatan lebih profesional. Tujuan utama setup ini adalah untuk memudahkan proses live serta meningkatkan kualiti video dan keseluruhan persembahan.

Dalam sesi ini, kami menggunakan Cadothy Amaze 5 Pro sebagai peralatan utama. Peranti ini membantu memudahkan kawalan live streaming tanpa perlu setup yang rumit, sesuai untuk penggunaan harian dan juga content yang lebih serius.
Selain itu, Team Onsmo telah menggunakan Console Touch Screen Panel untuk memudahkan Dato' Seri Vida mengawal live beliau bagi setup kali ini. Antara fungsi Console Touch Screen Panel ini adalah untuk menukar angle live dengan mudah, memuat naik gambar, video atau sticker ke dalam Cadothy, mengubah background dan lain-lain tanpa menggunakan peranti Cadothy.


Bagi memastikan penggunaan yang lebih mudah, pasukan kami juga telah memberikan tunjuk ajar secara terus kepada Dato' Seri Vida serta team beliau tentang cara penggunaan peranti ini. Penerangan dibuat secara ringkas dan praktikal supaya mereka boleh mengendalikan live streaming dengan lebih yakin tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknikal team.

Secara keseluruhannya, setup ini direka untuk menjadi mudah digunakan, cepat untuk disediakan, dan pada masa yang sama mampu menghasilkan kualiti live yang lebih baik. Ini juga menunjukkan bagaimana gabungan peralatan yang betul boleh memberi hasil yang lebih profesional tanpa perlu sistem yang terlalu kompleks.







