Sebagai tokoh kesihatan awam yang amat dihormati dan sinonim dengan kepimpinan negara dalam menangani krisis kesihatan global, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah baru-baru ini telah menjalani satu sesi fotografi rasmi yang diadakan dalam suasana studio profesional. Sesi ini bertujuan untuk mengemaskini potret rasmi beliau bagi pelbagai keperluan institusi seperti laporan tahunan, dokumentasi korporat, dan penerbitan media. Menariknya, keseluruhan pencahayaan untuk sesi ini telah menggunakan sistem pencahayaan studio daripada jenama Onsmo — sebuah nama yang cukup dipercayai dalam industri fotografi profesional kerana keupayaannya menghasilkan pencahayaan yang lembut, seimbang, dan menyerlahkan butiran wajah dengan jelas serta semula jadi.

Pihak Team Onsmo amat berbangga dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjayakan sesi fotografi rasmi Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dengan menggunakan lighting dari jenama Onsmo.
Ia merupakan satu penghormatan buat kami apabila hasil kerja kami berpeluang merakamkan figura penting negara dalam suasana yang elegan dan profesional. Dengan menggunakan sistem pencahayaan Onsmo sepenuhnya, kami dapat menghasilkan pencahayaan yang seimbang, lembut dan menyerlahkan karisma serta ketenangan beliau dalam setiap potret.





