Pasukan Onsmo berpeluang menyediakan setup lengkap untuk TikTok LIVE 6.6 untuk Amira Othman dan Fattah Amin, bagi memastikan sesi siaran langsung berjalan dengan lancar serta menampilkan kualiti produksi yang profesional. 

Bagi memastikan siaran langsung lebih efisien, pasukan Onsmo menggunakan Cadothy Amaze 5 Pro sebagai peranti utama untuk live streaming. Peranti ini memudahkan proses pertukaran kamera, kawalan siaran, serta memastikan pengalaman siaran yang lebih stabil sepanjang siaran langsung berlangsung. 
Selain itu, setup ini turut dilengkapi dengan touch screen panel bagi memudahkan kawalan sistem secara pantas dan mesra pengguna. Untuk menghasilkan visual yang lebih menarik dan berkualiti, pasukan Onsmo juga menggunakan peralatan pencahayaan (lighting equipment) daripada Onsmo sendiri, yang membantu memberikan pencahayaan lebih sekata dan menyerlahkan penampilan hos sepanjang sesi siaran. 


Di Onsmo, kami komited dalam menyediakan penyelesaian lengkap untuk live streaming, termasuk penyediaan peralatan, pemasangan di lokasi serta sokongan teknikal sepanjang acara berlangsung. Sama ada untuk TikTok Live, pelancaran produk, acara korporat mahupun sesi jualan secara langsung, pasukan Onsmo sentiasa bersedia membantu memastikan setiap siaran berjalan dengan lancar dan profesional. 





