Baru-baru ini, pasukan Onsmo telah menjalankan kerja-kerja pemasangan dan penyediaan studio live streaming di Ibu Pejabat FEFET yang terletak di Kulim bagi menyokong aktiviti penstriman langsung jualan produk secara profesional. Proses setup ini menggunakan peralatan utama Cadothy Amaze 5 Pro (Siput Besar) yang berfungsi sebagai peranti kawalan dan pengurusan live streaming bagi memastikan siaran berjalan dengan lancar, stabil dan berkualiti tinggi.

Selain itu, beberapa unit pencahayaan profesional turut dipasang bagi menghasilkan pencahayaan yang seimbang dan konsisten, sekaligus membantu meningkatkan visual produk semasa sesi live streaming. Pelbagai kelengkapan studio dan peralatan sokongan lain turut digunakan bagi memastikan susun atur studio lebih kemas, sistematik serta mesra operasi untuk pasukan penstriman.

Di samping kerja-kerja pemasangan, pasukan Onsmo juga telah memberikan tunjuk ajar dan latihan asas kepada pihak FEFET berkenaan cara penggunaan peralatan-peralatan yang dibawa, termasuk pengendalian sistem live streaming dan pencahayaan. Tunjuk ajar ini bertujuan memastikan pasukan FEFET dapat mengendalikan sesi live streaming dengan lebih yakin, efisien dan berdikari.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen Onsmo dalam menyediakan solusi setup live streaming yang menyeluruh dan menepati keperluan perniagaan digital masa kini. Dengan siapnya pemasangan studio ini, pihak FEFET kini memiliki kemudahan live streaming yang lebih lengkap dan teratur bagi menyokong aktiviti jualan produk secara langsung, sekali gus memperkukuh kehadiran jenama FEFET di platform digital.





