Team Onsmo telah menyertai Event PIXA SSTP 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di PERDA Convention Centre, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Pulau Pinang sebagai platform untuk berkongsi ilmu, memperkenalkan perkembangan teknologi serta menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam bidang pendidikan.
Sepanjang program berlangsung, Team Onsmo berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam acara ini dan berkongsi pengetahuan berkaitan teknologi fotografi, videografi serta live streaming bersama para pengunjung yang hadir.
Antara pengisian menarik dalam program ini ialah sesi perkongsian di atas pentas oleh wakil Team Onsmo, Sya, yang berkongsi ilmu dan tips berkaitan penghasilan video serta pelaksanaan live streaming. Perkongsian ini merangkumi beberapa aspek penting yang boleh membantu peserta memahami cara menghasilkan kandungan video yang lebih menarik, di samping memberikan pendedahan tentang perkara yang perlu diberi perhatian ketika menjalankan siaran langsung.


Selain sesi perkongsian, Team Onsmo turut membuka booth di Event PIXA SSTP 2026 untuk memperkenalkan pelbagai produk dan peralatan Onsmo kepada para pengunjung. Pengunjung berpeluang melihat produk dengan lebih dekat, mendapatkan penerangan tentang fungsi dan kegunaannya, serta membuat pembelian secara terus di booth. 

Team Onsmo ingin merakamkan penghargaan kepada SSTP Pulau Pinang atas penganjuran Event PIXA SSTP 2026 dan peluang yang diberikan untuk turut serta dalam program ini. Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan menjadi inspirasi untuk terus meneroka potensi teknologi digital.





