Team Onsmo terus komited dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna dengan memperkenalkan rangkaian produk pencahayaan dan peralatan kreatif yang inovatif. Melalui sesi demonstrasi secara langsung di Main Auditorium Universini Islam Antarabangsa (UIAM), para pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana teknologi Onsmo membantu menghasilkan kualiti rakaman yang lebih profesional. Dengan dedikasi pasukan yang mesra dan berpengetahuan, Onsmo membuktikan bahawa mereka bukan sekadar menjual produk, tetapi juga mendidik dan membimbing komuniti kreatif untuk mencapai hasil terbaik.
Team Onsmo bukan sahaja mempamerkan pelbagai produk hebat seperti lighting, kamera dan aksesori rakaman, malah turut meluangkan masa memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada para pengunjung. Demo secara langsung ini membuktikan bagaimana produk Onsmo mampu menjadikan hasil rakaman lebih jelas, terang dan berkualiti tinggi. Sepanjang program berlangsung, booth Onsmo sentiasa dikunjungi ramai. Apa yang menarik perhatian adalah peluang untuk ‘hands-on’ mencuba sendiri Cadothy Amaze 5 Pro dan Cadothy Ibig 5s (Siput Besar & Kecil). Ramai pengunjung teruja kerana dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan produk ini, seolah-olah sedang bersedia untuk menghasilkan siaran langsung profesional mereka sendiri.

Kebanyakan pengunjung dan peserta yang hadir ke program NEXSTEP TikTok for Business Mastery mengambil peluang untuk mengenali serta mencuba sendiri penggunaan Cadothy secara langsung. Melalui pengalaman ini, mereka dapat merasai sendiri kelebihan produk tersebut sekaligus memberi gambaran yang lebih jelas untuk kegunaan pada masa hadapan.
Livestream Setup yang dipamerkan di pameran:
- 1 unit Sony Camera
- 1 unit Cadothy Amaze 5 Pro dan Cadothy Ibig 5s
- 1 unit Onsmo Fluorobox
- 3 unit Onsmo Lantern Fluoro 65 LED studio light kit
- 1 unit Onsmo 4 in 1 Snap-on High Quality Backdrop and Backround kit


Di sebalik setiap produk berkualiti, adanya sebuah pasukan yang berdedikasi. Team Onsmo membuktikan bahawa semangat untuk berkongsi ilmu sama pentingnya dengan menjual produk. Dengan demo secara langsung, penerangan mesra, serta layanan profesional, Onsmo bukan sahaja membawa teknologi ke hadapan, malah menginspirasi lebih ramai orang untuk terus berkarya dengan lebih yakin dan kreatif. Lebih daripada sekadar pameran, sesi ini membuka mata ramai peserta bahawa teknologi yang tepat boleh membantu melonjakkan kreativiti. Menerusi peluang mencuba peranti Cadothy ini, mereka bukan sahaja belajar cara menggunakannya, malah mendapat keyakinan untuk terus bereksperimen dalam menghasilkan siaran langsung yang lebih berimpak.





