Baru-baru ini, Boss Jay bersama team Onsmo telah tiba di HQ Sugar Bomb bagi menjalankan setup live untuk membantu meningkatkan kualiti siaran produk mereka. Sugar Bomb terkenal dengan pelbagai pilihan produk wangian yang mempunyai identiti tersendiri dan semakin mendapat perhatian di pasaran. Kehadiran team Onsmo adalah untuk melihat keadaan studio serta menyediakan setup live yang lebih kemas, jelas dan profesional supaya produk dapat dipaparkan dengan lebih menarik kepada para penonton semasa sesi siaran langsung berlangsung.

Persediaan dimulakan dengan menyusun atur ruang studio di HQ Sugar Bomb,Team daripada Onsmo memastikan setiap sudut rakaman berada dalam posisi yang paling sesuai supaya paparan kelihatan seimbang dan kemas di hadapan peranti siaran langsung. Susunan ini juga penting bagi memastikan produk pewangi dapat ditonjolkan dengan jelas tanpa gangguan visual dan memberi ruang yang selesa kepada host untuk bergerak dan menunjukkan produk dengan lebih mudah.

Bagi memastikan kualiti siaran berada pada tahap terbaik, pemasangan sistem live di HQ Sugar Bomb dilakukan secara menyeluruh melibatkan peranti siaran utama, sambungan audio serta kawalan paparan live. Team Onsmo turut memastikan setiap sambungan berada dalam keadaan stabil bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa sesi berlangsung, terutama untuk siaran jualan di TikTok Shop. Setiap komponen diuji lebih awal supaya sesi live berjalan lancar, jelas dan lebih meyakinkan kepada penonton.

Peranti siaran langsung yang digunakan ialah Cadothy Amaze 5 Pro bagi memastikan kawalan paparan live lebih tersusun dan lancar sepanjang sesi berlangsung. Dari segi pencahayaan pula, digunakan Onsmo Lumilite 230DX bersama Lantern Softbox L-65 Softbox dan Onsmo Octa 90 Softbox bagi menghasilkan cahaya yang lebih lembut dan sekata, sekaligus membantu menampilkan produk dengan lebih jelas dan berkualiti semasa siaran live.


Ruang live kelihatan lebih kemas dan tersusun mengikut kesesuaian lokasi di ibu pejabat Sugar Bomb. Team daripada Onsmo memastikan setiap peralatan ditempatkan secara strategik tanpa mengganggu pergerakan host sepanjang siaran berlangsung. Susunan pencahayaan yang teliti turut memainkan peranan penting apabila cahaya yang dihasilkan kelihatan lembut, sekata dan tidak terlalu terang, sekaligus memberikan visual yang lebih cantik, jelas serta berkualiti tinggi sewaktu sesi live dijalankan.

Selepas proses pemasangan selesai, pihak team bersama kru Sugar Bomb turut melakukan sesi percubaan penggunaan sistem live bagi memastikan semuanya berfungsi dengan lancar. Melalui penggunaan peranti siaran langsung Cadothy Amaze 5 Pro atau lebih dikenali sebagai “Siput”, mereka dapat mencuba sendiri kawalan live, susunan paparan serta kestabilan siaran yang dihasilkan oleh team Onsmo. Hasil percubaan tersebut menerima maklum balas yang sangat positif apabila kualiti visual kelihatan lebih terang, warna lebih jelas dan aliran siaran lebih stabil, sekaligus memberikan pengalaman live yang lebih profesional dan berkualiti tinggi.

Secara keseluruhannya, setup Live TikTok Sugar Bomb ini memperlihatkan kepakaran team dalam menyediakan solusi siaran langsung yang lengkap dan tersusun. Dengan gabungan peralatan profesional, perancangan teknikal yang rapi serta kerjasama baik antara semua pihak, sesi live berjaya disiapkan dengan standard premium bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar, jelas dan menarik kepada para penonton.





