SESI LAWATAN ROMBONGAN LIM TIAN SENG DUTA SONY KE ONSMO
Onsmo mendapat kunjungan daripada duta Sony dan rombongannya ke Onsmo. Encik Lim Tian Seng atau dikenali sebagai Sifu Lim merupakan duta Sony Camera yang mempunyai pengalaman dalam bidang Fotografi. Beliau dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1960. Beliau melanjutkan pelajaran seni di Institut Seni Malaysia selepas menamatkan tingkatan 5. Sifu Lim telah membentuk sebuah studionya yang dipanggil sebagai Studio 88 pada tahun 1988. Ianya telah berkhidmat kepada pelanggan dan menghasilkan karya fotografi yang luar biasa sejak penubuhan Studio 88. Sifu Lim datang ke Onsmo untuk membawa rombongannya datang ke Onsmo untuk membeli peralatan studio fotografi. Sifu Lim dan rombongannya mempunyai event di Penang dan datang melawat ke Onsmo untuk melawat dan membeli barang peralatan studio. Sifu Lim memperkenalkan Boss Jay dan jenama Onsmo kepada ahli rombongannya.

Boss Jay telah membawa Sifu Lim dan ahli rombongannya melawat bilik live Onsmo. Boss Jay menunjukkan lampu studio dan softbox yang digunakan ketika melakukan sesi live di Tiktok. Selepas itu, Boss Jay menunjukkan kawasan warehouse Onsmo. Berdasarkan gambar yang dibawah, Boss Jay menunjukkan demo untuk menggunakan softbox Porta X-65. Boss Jay juga menerangkan cara untuk membuka dan menutupkan semula softbox Porta X-65 kepada rombongan Sifu Lim. Selain softbox Porta X-65, Boss Jay juga menunjukkan beberapa jenis pilihan softbox yang boleh digunakan ketika melakukan sesi fotografi atau sesi live. Salah seorang daripada ahli rombongan Sifu Lim berminat dengan softbox Onsmo untuk digunakan ketika melakukan sesi fotografi. Boss Jay juga cadangkan softbox yang sesuai dan mudah digunakan ketika melakukan sesi fotografi. Sifu Lim memberikan tips-tips yang boleh digunakan oleh ahli rombongannya ketika melakukan sesi fotografi. Setelah mendengar Boss Jay menerangkan mengenai softbox jenama Onsmo, mereka berasa lebih yakin dengan kualiti produk Onsmo kerana Onsmo menjual barang alatan studio yang bermutu tinggi.

Di samping itu, Sifu Lim menggunakan softbox produk Onsmo sebagai demo kegunaan softbox yang tepat dan sesuai dapat menghasilkan gambar yang cantik. Selain itu juga Boss Jay juga menunjukkan beberapa pilihan softbox yang boleh digunakan oleh para jurugambar. Sifu Lim juga membeli barang daripada produk Onsmo untuk kegunaan sesi fotografi beliau. Beliau sangat yakin apabila membeli peralatan studio fotografi dengan produk Onsmo. Hal ini dikatakan demikian kerana Sifu Lim mengatakan produk Onsmo menjual produk peralatan studio yang berkualiti. Sifu Lim juga ramah mesra dengan staf Onsmo ketika melawat kedai Onsmo. Ahli rombongan Sifu Lim juga turut membeli peralatan fotografi di Onsmo. Terdapat juga ahli rombongan membeli Hard Case Bag yang digunakan untuk simpan peralatan fotografi dan ada juga ahli rombongan membeli kad memori untuk kamera mereka. Boss Jay juga mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama Sifu Lim untuk sebagai kenangan. Kedatangan Sifu Lim ke Onsmo membolehkan peluang kolaborasi antara Sifu Lim dan Onsmo dalam bidang fotografi. Ramai jurugambar profesional yang membeli barang studio daripada jenama Onsmo. Sebagai contoh, para jurugambar profesional juga membeli lampu softbox yang mereka perlukan untuk sesi fotografi mereka.






