EVENT TIKTOK ' GET RAMADHAN READY WITH TIKTOK SHOP ' DI KUALA LUMPUR
Onsmo telah menerima jemputan untuk menyertai event anjuran daripada Tiktok di Kuala Lumpur. Event Tiktok tersebut juga menjemput ramai artis-artis dan influencer terkenal untuk memeriahkan event tersebut. Terdapat juga peniaga yang menjual produk mereka di Tiktok Shop menerima jemputan untuk memeriahkan event ini. Boss Jay dan Abang Man pergi event dan bertemu dengan ramai influencer dan artis-artis yang datang ke event ini. Influencer yang dijemput oleh Tiktok ialah Khairul Aming, Aisyah Habshee, Sofea Shra, zucca dan ramai lagi. Boss Jay dan Abang Man daftar nama terlebih dahulu untuk menyertai event ini. Semasa pendaftaran tersebut pihak pengajur event Tiktok ini memberikan cenderahati kepada yang datang ke event ini.

Event 'Get Ramadhan Raya Ready with Tiktok Shop' juga merupakan kempen-kempen yang boleh disertai oleh para peniaga di Tiktok Shop untuk menjual produk mereka dan mempromosikan produk jualan mereka. Sebagai contoh pelanggan Tiktok Shop akan menerima kupon yang diberi oleh Tiktok Shop apabila mereka menyertai kempen yang dianjurkan oleh Tiktok. Ianya peluang yang bagus untuk para peniaga di Tiktok Shop mempromosikan produk mereka dengan lebih baik dan meluas. Peniaga yang menyertai event Tiktok Shop ini boleh meningkatkan peluang perniagaan dikenali ramai. Ianya kerana event Tiktok ini ramai influencer yang sertai dan para peniaga boleh menarik perhatian influencer dan peniaga yang lain untuk membeli dengan menerangkan mengenai produk mereka dengan lebih detail.

Selepas Boss Jay dan Abang Man daftar, Boss Jay dan Abang Man duduk di tempat yang disediakan oleh penganjur event Tiktok ini. Abang Man dan Boss Jay duduk bersama jemputan event Tiktok ini sebelum event ini bermula. Pengacara untuk event ini ialah Nazrudin Habibur atau dikenali sebagai Naz. Beliau merupakan host daripada program Jalan - Jalan Cari Makan di TV3. Beliau akan mengecarakan event ini bersama pengacara yang lain. Event ini akan menerangkan tarikh-tarikh penting untuk semua yang menggunakan Tiktok Shop. Tiktok Shop juga membuat kempen Bazar Ramadan dan Bazar Raya yang boleh disertai oleh peniaga yang berniaga di Tiktok Shop. Event ini juga mempunyai beberapa sesi talk oleh management Tiktok. Influencer Irfan Khairi juga mempunyai sesi talk dan memberikan talk beliau kepada penonton. Irfan Khairi memberikan talk beliau mengenai video yang beliau rakam sebagai Tiktok Creator dan pengalaman beliau menghasilkan idea video yang kreatif.


Terdapat banyak booth yang dibuka di luar auditorium event ini. Produk daripada Onsmo juga digunakan di booth Local Bazaar. Boss Jay dan Abang Man kunjung ke booth - booth yang dibuka oleh peniaga Tiktok Shop yang menyertai event ini. Ramai influencer dan artis yang berminat dengan produk lampu dari Onsmo. Mereka yang pergi ke booth Onsmo juga menanyakan mengenai lampu studio untuk setup studio live mereka. Produk Onsmo dikenali ramai apabila menyertai event Tiktok ini dan ianya membantu Onsmo untuk mengembangkan imej Onsmo kepada orang ramai. Ramai juga local brand yang membuka booth mereka untuk meluaskan target pasaran mereka dan memperkenalkan brand mereka kepada pengunjung event Tiktok. Peniaga yang menyertai event Tiktok ini boleh tingkatkan kebolehpercayaan pelawat untuk membeli produk mereka. Mereka boleh menerangkan kualiti produk mereka dengan mudah difahami oleh pelawat yang datang ke booth mereka






