EVENT TEAM BUILDING ONSMO DI MALIHOM
Team Onsmo telah melakukan sesi team building di Malihom untuk 2 hari 1 malam. Banyak aktiviti menarik yang telah dilakukan oleh team Onsmo ketika menginap di Malihom. Team Onsmo berkumpul di office Onsmo pada pukul 11 dan bergerak ke sana dengan tiga buat kereta secara rombongan. Pada hari pertama team Onsmo memakai baju t-shirt tema baby blue. Team Onsmo menginap tiga buah rumah di Malihom. Team perempuan menginap dua rumah manakala team lelaki menginap sebuah rumah bersebelahan dengan rumah team perempuan. Selepas siap membawa masuk semua peralatan dan barang yang digunakan ketika di Malihom, team Onsmo makan nasi ayam untuk makan tengah hari. Kemudian, team Onsmo melakukan sesi aktiviti yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa aktiviti untuk memeriahkan suasana. Gambar dibawah merupakan situasi ajk aktiviti menerangkan mengenai aktiviti permainan yang akan dilakukan pada ketika itu. Team Onsmo akan membentuk kumpulan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan yang telah dirancang.

Banyak aktiviti yanga telah dirancang oleh team ajk aktiviti. Boss Jay dan Miss Chan juga turut serta aktiviti yang dirancang oleh team ajk aktiviti. Aktiviti yang dirancang oleh team ajk aktiviti ialah membuat menara cawan kertas menggunakan sebelah tangan, memasukkan straw ke dalam botol, mengambil getah menggunakan straw, aktiviti muka cantik yang meletakkan biskut diatas muka dan aktiviti meneka lukisan secara berantai. Suasana menjadi kecoh apabila team Onsmo melihat ragam masing-masing ketika bermain permainan. Semua team Onsmo berasa seronok apabila bersaing secara sihat antara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana masing-masing ingin menang dan melihat reaksi masing-masing ketika melakukan aktiviti permainan ini.
Selepas selesai melakukan sesi aktiviti permainan, Boss Jay mengajak team Onsmo untuk melakukan sesi bergambar dengan menggunakan drone. Miss Chan memberi cadangan untuk team Onsmo bergambar secara berbaring. Boss Jay mengambil gambar dan video team Onsmo menggunakan drone. Team Onsmo mengambil gambar di sebelah dewan yang digunakan untuk melakukan aktiviti. Team Onsmo juga diberikan masa untuk bergambar di sekitar Malihom sebelum sesi makan malam.

Team Onsmo berpeluang untuk menangkap gambar di sekitar Malihom. Selepas itu, team ajk makanan mula menyediakan persiapan untuk aktiviti makan malam. Team perempuan membantu team ajk makanan menyediakan makanan yang akan dihidangkan ketika waktu makan malam. Selain itu, team lelaki mula membuat unggun api untuk digunakan ketika membuat BBQ. Team ajk makanan membuat senarai menu makanan yang menarik sehingga team Onsmo teruja untuk mencuba menu makan malam. Menu yang disediakan oleh team ajk makanan ialah menu ayam bakar BBQ, sate ayam, sate kambing, spaghetti Carbonara, spaghetti Bolognese, Coleslaw dan sebagainya. Selain daripada sesi makan, ada juga sesi karaoke yang disertai oleh team Onsmo. Semua team Onsmo bersuka ria menunjukkan nyanyian mereka. Ada juga yang menyanyi secara solo, duet dan berkumpulan. Semua bersorak gembira apabila ada yang menyanyi dan menyanyi bersama-sama.


Pada keesokan harinya, team Onsmo memakan sandwich untuk makan pagi. Team ajk makanan membuat sandwich telur untuk menu tambahan selain makanan BBQ. Semasa makan pagi, team Onsmo makan bersama-sama. Team Onsmo bersuka ria ketika bersembang banyak topik sambil makan pagi. Selepas makan pagi, team Onsmo ada masa sendiri untuk kemas barang masing-masing sebelum check out. Selepas itu team Onsmo juga berpeluang untuk bermandi-manda di kolam renang organik Malihom. Air kolam tersebut daripada air bukit dan segar apabila mandi manda di dalam kolam tersebut. Boss Jay juga mengambil video komersial team Onsmo ketika bermandi-manda menggunakan drone.

Akhir sekali, team Onsmo mengadakan acara penutup untuk event team building Onsmo. Sebelum acara pemberian hadiah, Boss Jay dijemput memberikan sedikit ucapan penutup untuk team Onsmo. Selepas Boss Jay memberikan sedikit ucapan, host abang man dan kak jaja meneruskan acara seterusnya iaitu acara pemberian hadiah kepada para pemenang. Boss Jay dan Miss Chan menyampaikan hadiah kepada team para pemenang. Hadiah tersebut telah disediakan oleh team ajk aktiviti. Sebelum check out daripada Malihom, semua team Onsmo akan membersihkan dewan makan dan rumah penginapan sebelum bergerak balik. Team Onsmo memastikan semua tempat yang telah digunakan bersih daripada sampah.







