EVENT MDEC 100 GO DIGITAL MAWID X USM PENANG
Pada event MDEC Mawid X Usm Pulau Pinang, Onsmo mendapat jemputan untuk mempamerkan platform tiktok Bigbigstudio. Encik Jay Chuah menceritakan mengenai Onsmo dengan menceritakan mengenai produk-produk yang dijual di Syarikat Onsmo. Event itu juga menampilkan beberapa peniaga di TikTok yang berjaya berkongsi pandangan mereka untuk membina akaun perniagaan yang menguntungkan dan berkongsikan pengelaman berniaga mereka. Selain itu, kakitangan Onsmo mengadakan sesi live di TikTok dan menjual produk kami kepada peserta yang berminat. Terdapat beberapa booth juga yang ada pada event ini.

Gambar diatas menunjukkan staf Onsmo sedang setup tempat untuk buat live di Tiktok. Fujifilm juga ada ikut serta dalam event ini. Fujifilm juga memperkenalkan produk instax. Ramai peserta yang menyertai program MDEC ini mengunjungi booth Onsmo untuk lihat produk-produk Onsmo. Para peserta tersebut juga mengunjungi booth Onsmo untuk melihat staf Onsmo melakukan sesi live di aplikasi Tiktok. Booth Onsmo menyediakan sebuah TV untuk menunjukkan sistem yang disetup oleh staf Onsmo sebelum melakukan sesi live. Booth Onsmo juga menggunakan lampu studio untuk digunakan ketika live di Tiktok. Lampu Onsmo Porta 70 dijadikan sebagai lampu utama untuk mendapatkan kecerahan yang baik serta lampu Onsmo Lantern sebagai lampu sokongan diletakkan pada kiri dan kanan booth Onsmo.

Gambar diatas menunjukkan Boss Jay sedang menerangkan mengenai syarikat Onsmo kepada khalayak ramai. Boss Jay menerangkan mengenai objektif syarikat dan macam mana syarikat Onsmo menggunakan platform atas talian untuk melakukan perniagaan. Boss Jay menceritakan kepentingan mempunyai lampu yang cukup untuk membuat sesi live dengan studio. Boss Jay juga menceritakan pengalaman beliau mengenai setup lampu studio kepada pelanggan. Ramai peserta yang mendengar talk Boss Jay menanyakan soalan mengenai Onsmo dan berkenaan dengan lampu studio untuk studio live mereka. Boss Jay juga memberikan hadiah produk Onsmo kepada para pemenang cabutan bertuah.







