SEBERANG JAYA - TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Objektif TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. TEKUN Nasional juga merupakan sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan. Pada 29 Jun 2024, Onsmo sangat berbesar hati kerana terpilih oleh TEKUN untuk menyertai Karnival TEKUN Madani di Pulau Pinang yang berkolabrasi bersama Tiktok Shop Malaysia. Karnival ini disertai oleh lebih 40,000 usahawan dan peminat e-dagang serta 160,000 penonton dalam talian. Penganjuran Karnival TEKUN Madani merupakan inisiatif TEKUN Nasional untuk memberi ruang dan peluang kepada usahawan informal dan mikro serta rakan kolaborasi memasarkan produk serta perkhidmatan secara lebih meluas.

Tiktok Live
Team Onsmo bertungkus-lumus dalam membuat persiapan bagi jualan di Tiktok Live di tapak karnival supaya jualan berjalan dengan lancar dan baik. Team Onsmo sangat teruja membuat live secara fizikal di tapak reruai yang disediakan. Reruai yang disediakan adalah sangat menarik dengan sepanduk yang dapat membezakan 'gerai' yang berada di karnival ini. Dengan adanya reruai tersebut bukan sahaja dapat memberikan pengalaman yang baru kepada Team Onsmo malah dapat menarik para pelanggan yang hadir dapat merasai suasana yang berlainan dengan melihat Team Onsmo membuat jualan secara langsung.


Kerjasama Tiktok Shop Malaysia dan TEKUN Nasional merupakan langkah yang progesif dalam memupuk inovasi digital dan pertumbuhan dalam memperkasakan keusahawanan Malaysia. Selain itu, kolabrasi ini telah memberi impak yang besar kepada para peniaga atas talian. Hal ini kerana, ia dapat membantu para peniaga memperluaskan jaringan perniagaan mereka dengan mendapat jaringan daripada peniaga-peniaga yang berlainan niche. Di samping itu, program ini dapat meningkatkan pendedahan kepada para peniaga sekaligus dapat meningkatkan jenama Onsmo di Malaysia.






