Pada 24 Julai 2024 (Rabu), Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan Hari Terbuka Centre of Excellence (COE) yang diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMK Abu Bakar AL Baqir. Majlia tersebut telah dirasmikan oleh YBRS Encik Mohd Paku Ruzi Bin Min, iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Kerian. Tujuan event ini diadakan adalah untuk memperkenalkan sistem TVPSS kepada sekolah-sekolah di bahagian daerah Kerian agar lebih banyak murid dan guru mengetahui berkenaan dengan sistem TVPSS. Selain itu, banyak industri telah dijemput untuk mengadakan pameran dan juga jualan di sana. Dalam hal ini, Bigbig studio telah menjadi antara salah satu industri yang terpilih. Team Onsmo telah berpeluang untuk mengadakan pameran pada hari terbuka tersebut. Oleh itu, team Onsmo berasa sangat bangga kerana dijemput oleh PPD daerah kerian dan menjadi sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan lagi TVPSS dalam kalangan sekolah-sekolah di daerah tersebut.


Pada hari tersebut, staf Onsmo telah pergi ke lokasi event tersebut dan staf Onsmo pun menyiapkan susunan bagi bahan pameran untuk event tersebut. Staf Onsmo juga mempamerkan setup TVPSS untuk memberikan peluang kepada peserta-peserta dapat merasai suasana live secara professional. Selain itu, team Onsmo juga telah membawa beberapa produk Onsmo untuk dipamerkan di sana. Antara produk yang dipamerkan ialah produk terbaru Onsmo iaitu GLB-MAX, Bobot, Gy-1 Gimbal, Lumipocket RGB dan Onsmo rotate 360 Ai tracking tripod.

Tanpa disangka pada hari tersebut, booth pameran yang disediakan oleh pihak Onsmo telah mendapat sambutan yang meriah. Ramai peserta telah mencuba pameran TVPSS yang disediakan oleh pihak Onsmo. Kami berharap dengan pameran yang telah dijalankan dapat memberi pencerahan dan juga idea-idea baru untuk peserta mencuba dan mewujudkan setup TVPSS di sekolah masing-masing. Sekali lagi kami berterima kasih kepada pihak PPD kerian yang telah menjemput Onsmo untuk hari terbuka tersebut.









