EVENT BENGKEL FOTOGRAFI BERSAMA NIKON DI HIDDEN MAIDEN PULAI PINANG
Pada hari Rabu 28 Februari, Onsmo dan Nikon bekerjasama mengadakan bengkel fotografi. Event ini akan mengajar para peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi. Onsmo menjadi salah seorang penaja dalam menjayakan event ini. Para peserta akan menerima taklimat mengenai fotografi. Para peserta juga mengisi maklumat mereka untuk meminjam kamera Nikon yang disediakan oleh pihak penganjur. Event ini akan menerangkan mengenai jenis fotografi yang lebih detail dan para peserta boleh mempraktikkan selepas mendengar sesi taklimat sebelum memulakan sesi praktikal.

Event ini mempunyai sesi praktikal untuk para peserta melakukan sesi praktikal selepas mendengar taklimat mengenai fotografi. Para peserta menggunakan kamera NIkon yang disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta juga menanyakan beberapa soalan kepada pihak penganjur yang mahir dalam bidang fotografi untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Sesi fotografi ini menggunakan lampu studio daripada jenama Onsmo untuk mendapat pencahayaan yang baik. Pencahayaan yang baik membolehkan hasil gambar menjadi lebih cantik. Sesi tangkap gambar produk menggunakan lampu Onsmo Golive 360 pada bahagian kiri dan kanan. Para peserta boleh mengambil gambar produk daripada pelbagai sisi mengikut kreativiti masing-masing. Staf Onsmo mendapat freedback daripada para peserta mengenai produk lampu studio jenama Onsmo kerana mereka kata lampu softbox ini memberikan hasil gambar mereka menjadi lebih menarik dan senang untuk digunakan.

Beberapa peserta juga menanyakan mengenai produk Onsmo kepada staf Onsmo yang bertugas pada ketika itu. Staf Onsmo menerangkan mengenai produk Onsmo dan cara untuk menggunakan produk Onsmo apabila ada peserta yang berminat dengan produk Onsmo. Seterusnya para peserta akan mempraktikkan untuk tanangkap gambar secara portrait. Sesi kedua ini mempunyai beberapa orang model yang menjadi subjek utama untuk para peserta tangkap gambar secara potrait. Latar belakang untuk sesi kedua ini menggunakan stand backdrop paper daripada Onsmo. Selain itu lampu Onsmo digunakan untuk sumber cahaya yang akan diletakkan pada bahagian kiri dan kanan. Jenama Onsmo makin dikenali ramai apabila mereka melihat kualiti produk Onsmo semasa mereka melakukan sesi praktikal. Mereka berpuas hati dengan hasil tangkapan gambar yang menggunakan lampu studio Onsmo. Onsmo juga membuka booth jualan untuk para peserta yang ingin membeli produk Onsmo selepas mereka menggunakan lampu studio Onsmo. Hasil daripada kolaborasi antara Onsmo dan Nikon membolehkan Onsmo meningkatkan promosi pasaran jenama Onsmo dalam kalangan jurugambar profesional.






