Ekspo PERDA (EXPERT) 2024 kembali dengan semangat baru dan tema yang menarik, "Inspirasi Lokal, Transformasi Global". Penganjuran acara ini bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan, khususnya dari usahawan luar bandar Pulau Pinang. Dari 26 hingga 29 September 2024, pengunjung dijemput untuk merasai pengalaman membeli-belah yang pelbagai di Midtown Perda, Kubang Menerong. Ekspo PERDA 2024 bukan sahaja tentang pameran produk, tetapi juga tentang membina jaringan, mendapatkan inspirasi, dan menerokai peluang baru dalam dunia perniagaan.


Sokongan dari Onsmo
Satu lagi sorotan utama dalam ekspo tahun ini adalah kolaborasi antara TikTok dan Onsmo. Dengan kehadiran setup live di booth, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sesi siaran langsung yang menarik. Onsmo, sebagai penyedia teknologi yang inovatif, berperanan penting dalam memastikan pengalaman siaran langsung yang lancar dan profesional. Mereka menawarkan alat dan sokongan teknikal yang diperlukan untuk usahawan menampilkan produk mereka dengan cara yang menarik dan interaktif. Ini bukan sahaja memberikan pendedahan yang lebih luas kepada usahawan tetapi juga menggalakkan interaksi langsung dengan penonton dalam talian, memperkuatkan lagi hubungan antara usahawan dan pelanggan.



Peluang untuk Usahawan
Dengan melibatkan sebanyak 252 reruai dari pelbagai kategori perniagaan, EXPERT 2024 menjadi platform penting bagi usahawan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Kategori yang dipertandingkan termasuk makanan dan minuman, perkhidmatan, pertanian, automotif, kosmetik, produk kesihatan, kraftangan, dan kelengkapan rumah. Ini adalah peluang besar bagi mereka yang baru menceburi bidang keusahawanan untuk mendapatkan pendedahan dan menarik perhatian pelabur serta pelanggan.
Mengadaptasi Teknologi dalam Perniagaan
Dalam usaha untuk mengembangkan pasaran produk usahawan luar bandar, Kementerian telah menjalin kerjasama dengan pelbagai platform e-Dagang terkenal seperti Presto, WOWShop, Shopee, Lazada, Youbeli, StoreHub, Food Panda, Grab, dan Beep. Kerjasama ini bertujuan untuk membantu usahawan memanfaatkan potensi e-Dagang dalam meningkatkan jualan dan aksesibiliti produk mereka.






