Team Onsmo telah berjaya menyiapkan pemasangan peralatan live streaming di TEKUN Hub Nasional, Bandar Perda, Pulau Pinang. Pemasangan kali ini melibatkan dua set peralatan utama, iaitu Onsmo Live Station (OLS) Mini dan Cadothy Amaze 5 Pro yang ditempatkan di dalam dua studio berbeza.

Setiap studio dilengkapi dengan sistem live streaming tersendiri mengikut keperluan penggunaan. Studio pertama menggunakan Onsmo Live Station (OLS) Mini, iaitu sistem live streaming yang menggabungkan kamera dan mini PC dalam satu setup yang lebih praktikal dan mudah digunakan. Manakala studio kedua pula dilengkapi dengan Cadothy Amaze 5 Pro, sebuah sistem all-in-one live streaming yang menawarkan kemudahan untuk mengendalikan sesi siaran langsung dengan lebih mudah.


Dengan pemasangan kedua-dua sistem ini, TEKUN Hub Nasional kini mempunyai kemudahan studio yang lebih lengkap untuk menyokong pelbagai aktiviti seperti sesi live streaming, promosi produk, penghasilan kandungan digital serta aktiviti pemasaran secara dalam talian.
Team Onsmo turut memastikan setiap peralatan dipasang dan disusun dengan baik bagi memastikan setup kedua-dua studio berada dalam keadaan kemas dan bersedia untuk digunakan. Diharapkan kemudahan ini dapat membantu pihak TEKUN Hub Nasional memperluaskan penggunaan platform digital serta memberi lebih banyak peluang kepada usahawan untuk memanfaatkan teknologi dalam aktiviti perniagaan mereka.


Terima kasih kepada pihak TEKUN Hub Nasional atas kepercayaan yang diberikan kepada Onsmo untuk menyediakan dan memasang kemudahan live streaming di Bandar Perda, Pulau Pinang.





