Baru-baru ini, Boss Jay dari Team Onsmo telah membuat lawatan khas ke studio milik pempengaruh terkenal, Jack Lim, bagi melakukan setup peranti ‘Siput’ iaitu sebuah peranti all-in-one khas untuk live streaming. Peranti ini direka untuk memudahkan rakaman secara langsung dengan ciri-ciri lengkap dalam satu sistem yang ringkas dan efisien.
Proses pemasangan dilakukan terus di ruang dapur studio Jack Lim yang moden dan bergaya, sesuai untuk rakaman content lifestyle, bual bicara dan sesi santai secara langsung. Dengan adanya ‘Siput’, pengguna kini boleh melakukan live streaming berkualiti tinggi tanpa perlu setup yang rumit. Ia hadir dengan sistem kamera terbina, mikrofon, pencahayaan asas dan sambungan terus ke platform media sosial.
Boss Jay sendiri mengambil peranan dalam memastikan setup dilakukan dengan kemas dan teratur serta memberi penerangan kepada pihak Jack Lim tentang fungsi-fungsi utama dan kelebihan menggunakan ‘Siput’ dalam penghasilan kandungan digital. Ia merupakan pilihan ideal untuk mereka yang mahukan solusi streaming yang pantas, mudah dan profesional.
Kerjasama ini membuktikan kepercayaan yang semakin kukuh terhadap jenama tempatan seperti Onsmo dalam membekalkan peralatan teknologi terkini untuk para content creator dan personaliti media. Terima kasih kepada Jack Lim atas sokongan yang diberikan!





