Baru-baru ini, Boss Jay dan Team Onsmo telah diberi peluang mengendalikan sesi live setup bersama MommyHana. Kolaborasi ini melibatkan persediaan studio siaran langsung yang lebih tersusun dan profesional bagi menyokong kandungan live yang konsisten serta berkualiti tinggi.

Proses setup dimulakan dengan perancangan susun atur ruang yang strategik, termasuk kedudukan, latar belakang serta ruang interaksi hos. Setiap elemen disusun dengan teliti bagi memastikan paparan visual kelihatan kemas dan seimbang di skrin. Fokus utama diberikan kepada keselesaan hos serta kejelasan produk agar sesi live dapat berjalan dalam suasana yang lebih teratur dan menarik perhatian penonton. 
Bagi memastikan kelancaran siaran, pemasangan sistem siaran langsung serta peralatan pencahayaan profesional turut dilaksanakan. Pencahayaan disusun pada sudut yang tepat untuk menghasilkan cahaya lembut dan sekata, sekaligus membantu menyerlahkan visual di hadapan kamera. Hasilnya, paparan menjadi lebih jelas, warna lebih natural dan keseluruhan siaran kelihatan lebih premium sepanjang live berlangsung.

Sebagai penyedia peralatan pencahayaan profesional, Boss Jay dan Team Onsmo menyediakan Live Setup khas yang mempamerkan rangkaian produk seperti:
1. Peranti all-in-one LIVE Cadothy Amaze 5 Pro
3. Console Touch Screen Panel untuk Cadothy
4. Onsmo Lantern 65 Softbox
5. Onsmo Lumitube RT3 RGB Light Stick
6. Onsmo Octa 90 Softbox

Selepas setup selesai, sesi penerangan turut diberikan kepada pengasas MommyHana, mengenai penggunaan sistem siaran serta langkah-langkah profesional ketika mengendalikan live. Dari kawalan asas hingga teknik interaksi bersama penonton, setiap panduan dikongsikan bagi memastikan sesi live dapat dijalankan dengan yakin dan lancar tanpa gangguan teknikal.

Secara keseluruhannya, sesi live setup ini memperlihatkan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak dalam menghasilkan pengalaman siaran yang lebih berkualiti. Gabungan perancangan teknikal yang rapi, penggunaan peralatan yang sesuai serta sokongan profesional sepanjang proses berlangsung berjaya mewujudkan studio live yang lebih efisien, sekaligus membantu meningkatkan pengalaman tontonan dan keyakinan penonton terhadap setiap sesi siaran MommyHana.





