Team Onsmo telah menjalankan sesi setup untuk Dato’ Siti Nurhaliza bagi keperluan sesi live streaming, dengan menggunakan Onsmo Live Station (OLS) serta set pencahayaan daripada Onsmo.
Untuk sesi live kali ini, Bos Jay sendiri turut turun padang bagi memastikan keseluruhan setup dapat disediakan dengan baik mengikut keperluan sesi. Penglibatan secara langsung ini membolehkan setiap peralatan diperiksa dan disusun dengan lebih teliti sebelum sesi live bermula.
OLS digunakan sebagai sistem utama untuk menyokong keperluan live streaming, manakala set lighting daripada Onsmo membantu menghasilkan pencahayaan yang lebih seimbang dan sesuai untuk paparan kamera. Keseluruhan setup disediakan dengan mengambil kira aspek kemudahan penggunaan, susunan peralatan serta kualiti visual sepanjang sesi berlangsung. 

Dengan gabungan Onsmo Live Station (OLS) dan lighting set daripada Onsmo, Team Onsmo memastikan setup live Dato’ Siti Nurhaliza kali ini berada dalam keadaan lengkap dan sedia digunakan. 






